Beberapa kawasan di Bentong, Tawau dan Kota Bharu dikena PKPD

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Tawau, Kota Bharu dan Bentong bermula esok.

Kawasan terlibat ialah Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung; Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas; serta Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong bermula esok hingga 30 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di kesemua kawasan itu dilakukan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata KKM mengesahkan berlaku penularan jangkitan COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi, apabila setakat ini lima kes positif dilaporkan daripada sembilan ujian saringan di Taman Tawau Lama, manakala lapan individu didapati positif daripada 12 ujian saringan di Kampung Batu Payung.

Di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Ismail Sabri berkata, secara kumulatif sebanyak 31 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti tersebut daripada 56 ujian saringan yang telah dilaksanakan setakat ini, justeru KKM mengesahkan berlaku penularan jangkitan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Mengenai Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan pula, beliau berkata KKM telah melakukan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya, 15 kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu (di institut itu), selain masih terdapat 247 sampel ujian menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di kesemua kawasan berkenaan adalah untuk sama ada memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal atau memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar, serta menyekat penularan COVID-19 di lokaliti terbabit dan ke komuniti luar.

Sementara itu, beliau berkata 82 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, dengan kesemuanya dikompaun.

Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata tiga pendatang tanpa izin ditangkap dalam Operasi Benteng semalam, manakala empat kenderaan darat dirampas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This