MURAL ‘CERITA LAMA TANAH MELAYU’ HIASI KOMPLEKS CAMPBELL

Dari Penulis

LORONG Jalan Tuanku Abdul Rahman bersebelahan Kompleks Campbell bakal menjadi tumpuan orang ramai tidak kira pelancong dalam dan luar negara apabila sebuah mural yang berkonsepkan ‘Cerita Lama Tanah Melayu’ dari tahun 1900 hingga 1960 bakal siap tidak lama lagi.  

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan dan Hartanah Shapadu, Zarimah Mohamed, idea untuk menghasilkan mural ini adalah untuk mengembalikan nostalgia zaman lama dengan menceritakan kehidupan masyarakat tahun berkenaan. 

Mural yang memaparkan kehidupan masyarakat lama dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D) interaktif diabadikan pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, mural sepanjang 300 kaki yang dilukis menggunakan cat ‘acrylic water based’ itu juga bakal memaparkan lukisan tiga dimensi (3D) interaktif termasuk beberapa lokasi mercu tanda Kuala Lumpur seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur. 

“Mural ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat zaman dahulu sekitar tahun 1900 sehingga 1960 dan kami mahu mengembalikan semula nostalgia itu dalam bentuk lukisan mural. 

Mural yang memaparkan kehidupan masyarakat lama dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D) interaktif diabadikan pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita juga sedia maklum Kompleks Campbell ini merupakan antara bangunan yang lama di Kuala Lumpur dan ramai yang mempunyai memori indah di sini, jadi kita mahu menceriakan semula Kompleks Campbell seperti waktu dahulu,” katanya kepada UtusanTV baru-baru ini. 

Bukan sahaja kehidupan di ibu kota ketika zaman dahulu, bahkan mural yang bakal siap tidak lama lagi itu juga mengangkat martabat seniman agung tersohor negara, Tan Sri P. Ramlee.

Selain itu, anak jati Kuala Lumpur tentunya boleh mengimbau kenangan menerusi aktiviti perniagaan di Jalan Sultan dan Jalan Petaling yang turut dipaparkan dalam mural berkenaan. 

Sehubungan itu, Zarimah meluahkan keyakinan bahawa penghasilan mural itu bakal menjadi daya tarikan terbaharu pelancong untuk menghayati dan mengabadikan kenangan. 

Potret Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bermain saksofon dalam lukisan mural pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Bagi menonjolkan lakaran 3D, kami juga akan meletakkan vespa, lanca dan basikal tua bagi membolehkan orang ramai bergambar. 

“Kami juga berharap penghasilan mural ini menjadi tarikan pelancong dan pada masa sama, orang ramai diharap dapat menjaga kebersihan dan tidak melakukan vandalisme supaya Kompleks Campbell ini terus dikunjungi pelancong dalam dan luar negara,” jelas beliau.

Penghasilan Mural ‘Cerita Lama Tanah Melayu’ dengan paparan lukisan tiga dimensi (3D) interaktif ini bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid
Watak dalam filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama Aziz Sattar dan S. Shamsuddin turut diabadikan dalam lukisan mural pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mural yang memaparkan kehidupan masyarakat lama dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D) interaktif diabadikan pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid
Watak dalam filem Labu Labi lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama Allahyarham M. Zain turut diabadikan dalam lukisan mural pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mural yang memaparkan kehidupan masyarakat lama dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D) interaktif diabadikan pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mural yang memaparkan kehidupan masyarakat lama dalam bentuk lukisan tiga dimensi (3D) interaktif diabadikan pada dinding Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This