Dua lagi video promosi judi tular, polis tahan 3 individu

Dari Penulis

SUDAH menjadi trend sekarang. Setiap usaha mempromosi produk, tidak kira produk itu sah atau tidak disisi undang-undang, iklan berbentuk video digunakan.

Selepas dua video mempromosikan judi dalam talian menggunakan tema hari raya kecoh baru-baru ini, timbul lagi dua video mempromosi judi dalam talian berlegar di media sosial.

Susulan itu, semalam, polis menahan tiga individu yang terlibat dengan dua video promosi judi yang berdurasi 48 saat dan 30 saat itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dua laporan polis dibuat susulan video terbabit sebelum tiga suspek yang terbabit dalam pembikinan video ini ditahan.

Menurutnya, mereka terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki yang berusia 21 hingga 42 ditahan di sekitar ibu negara, dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

BERITA BERKAITAN Dari pelakon dan penerbit, polis akan dapat sindiket upah video judi

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi video terbabit.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi ke atas semua pihak yang terbabit dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video itu.

“Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tular video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi tular di media sosial.

Video kedua tular selepas video pertama yang juga menggunakan modus operandi yang sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang mempromosikan satu permainan judi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This