VOKALIS kumpulan Drama Band, Aepul Roza menimang cahaya mata kedua selepas isterinya yang juga seorang pelakon, Leez Rosli, selamat bersalin bayi lelaki, hari ini.
Menurut Aepul atau nama penuhnya, Noor Syaiful Mohd. Zalaludin,33, bayi lelakinya itu dilahirkan pada 8.30 pagi di Hospital AzZahrah, Bangi, Selangor.
“Alhamdulillah, isteri saya Leez, dah selamat melahirkan anak kedua kamiā¦seorang bayi lelaki pada pukul 8.30 pagi tadi.
“Assalamualaikum, selamat datang ke dunia, anakku⦠I’ve got a new rocking partner,” tulisnya di Instagram.
Aepul dan Leez berkahwin pada 27 Disember 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha yang berusia lima tahun.

