KUALA LUMPUR – Selepas dirinya disahkan positif Covid-19, vokalis Drama Band, Aepul Roza memaklumkan anaknya, Nur Saffiya Alisha,5, turut dijangkiti wabak tersebut.
Aepul berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram storynya dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri sehingga disahkan bebas daripada virus terbabit.

“Kesan anak saya. Alisha juga positif. Saya minta maaf anakku. Daddy jaga awak okey,” katanya.
Minggu lalu menerusi laporan URTV, Aepul memberitahu keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan di sebuah klinik swasta mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Baca Lagi: Vokalis dan pemain dram Drama Band positif Covid-19
Sementara itu isteri Aepul, Leez Rosli yang kini sedang hamil, disahkan negatif daripada wabak Covid-19.
TONTON VIDEO PILIHAN:

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

