Farisha Irwayu, Laila Nasir, penolong pengarah positif Covid-19

Dari Penulis

RABU lalu, pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test).

Terbaharu, dua lagi dramatis iaitu Farisha Irwayu dan Laila Nasir serta seorang penolong pengarah, Nazlinda Yusof turut disahkan wabak berjangkit berkenaan.

Farisha,52, yang kini berada di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang sejak 19 April lalu telah membuat ujian calitan selepas mengalami simptom batuk dan demam berterusan selama seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN : Sweet Qismina positif COVID-19, kini di Pusat Kuarantin Ipoh

“Sudah dua hari tekanan darah saya rendah, terpaksa masukkan air garam sebanyak empat botol…dah tiga kali ambil darah dan buat ECG…jantung okey

“Cuma virus Covid-19 dalam darah naik dan sudah menyerang paru-paru kiri serta kanan dan belakang.

“Sesiapa sahaja yang diluar sana kalau ada batuk-batuk atau demam, jangan ambil remeh…cepat-cepat buat ujian calitan.

“Jangan jadi macam saya, sudah seminggu batuk dan demam tak kebah…sampai hilang deria bau dan rasa, baru nak buat ujian calitan, rupanya Covid-19,” katanya.

Tambah Farisha lagi, dia dipakaikan gelang berwarna biru dan putih yang menandakan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga.

“Saya dipakaikan gelang berwarna biru dan putih sebab Covid-19 tahap tiga. Hari ini masih batuk kuat, sakit belikat belakang pinggang.

“Teruskan berdoa untuk saya supaya Allah beri kekuatan pada saya untuk menghadapi segala ujian dari-NYA,” ujarnya.

Sementara itu, suami Farisha iaitu Tuan Asmawi Tuan Omar turut disahkan positif Covid-19 sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin.

Difahamkan tiga pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang di Hulu Langat, Selangor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lafaz talak sah, Marissa & Aslam bukan lagi suami isteri

SEGALA teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan sensasi tanah air akhirnya bernoktah. Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada...

More Articles Like This