Jajan legend, makan sampai tersembur. Jom buat sagun kelapa

Dari Penulis

Memang menggamit nostalgia bila melihat kembali jajan waktu kecil dahulu. Pastinya setiap kanak-kanak pernah merasai sagun kelapa, bila makan sampai tersembur keluar waktu bercakap.

Susah nak jumpa orang menjualnya, namun tak susah pun nak sediakan. Cuba ikut resipi perkongsian Nor Al Fatihah ini.

Bahan :

1 biji Kelapa parut putih

2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung pulut

3/4 cawan Gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan jadi 1/2 cawan)

1/2 sudu teh Garam halus

1 helai Daun pandan – di simpul

Cara :

1. Sangai kelapa (goreng tanpa minyak) sehingga betul-betul kering dan sedikit kekuningan menggunakan api kecil. Sentiasa kacau. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian basuh kuali. Pastikan kuali betul-betul kering. Sangai tepung beras dan tepung pulut bersama daun pandan. Kacau sentiasa di atas api kecil selama 10 hingga 15 minit.

3. Buang daun pandan dan campurkan adunan dengan kelapa parut tadi. Kacau rata dalam 5 minit.

4. Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Kacau sehingga semuanya sebati dalam 2 hinga 3 minit dan tutup api.

5. Sejukkan dahulu. Jika kelapa yang digunakan diparut kasar, kisar sedikit. Sudukan ke dalam plastik aiskrim atau kertas sagun.

6. Satu adunan dapat dalam 10 plastik aiskrim. Jika nak banyak, gandakan sukatan.

Sumber : Nor Al Fatihah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This