PKPD beberapa lokasi di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA lokasi di Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu berkuat kuasa esok sehingga 12 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD akan dikuatkuasakan di dua penempatan sekitar Sungai Chalit dan lima penempatan di Sungai Klau, Raub, Pahang.

Beliau berkata, dua lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Azhari, Machang dan di Negeri Sembilan iaitu Kampung Bangkahulu, Gemas.

Kata Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan empat kes di Sungai Chalit dan satu kes positif di Sungai Klau sehingga kini manakala terdapat tujuh sampel ujian masih menunggu keputusan.

Ismail Sabri memaklumkan, dua penempatan sekitar Sungai Chalit dan lima penempatan di Sungai Klau, Raub itu melibatkan Kampung Baru Sungai Chalit; Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Sungai Chalit; Taman Sungai Klau; Taman Maju Sungai Klau; Taman Kelau Jaya; Taman Harmoni dan Kampung Sungai Klau.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD dua penempatan sekitar Sungai Chalit dan lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang.

“PKPD di penempatan ini akan berkuat kuasa dari 29 April sehingga 12 Mei 2021 dengan pelaksanaan PKPD ini bertujuan untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19 daripada kawasan berisiko ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dikompaun langgar SOP : Neelofa terima dengan hati terbuka, jadikan pengajaran

Mengulas mengenai PKPD di Kampung Bangkahulu, Gemas, Ismail Sabri memberitahu KKM telah melakukan 170 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 38 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Pada masa sama, KKM juga, kata Ismail Sabri, mengesahkan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu manakala kadar positiviti kes tinggi iaitu sebanyak 22.9 peratus.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk menyekat pergerakan keluar masuk bagi memastikan tiada penyebaran jangkitan keluar ke komuniti,” jelas beliau.

Berhubung pelaksanaan PKPD di Maahad Tahfiz Al-Azhari, Machang pula, Ismail Sabri memaklumkan KKM telah merekodkan 87 kes positif sehingga kini hasil daripada 207 keseluruhan ujian saringan yang dilakukan ke atas pelajar dan penghuni maahad tersebut.

Kata Ismail Sabri, KKM juga memaklumkan kes telah menular dalam kalangan warga Maahad Tahfiz Al-Azhari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi berdasarkan trend pertambahan kes baharu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Al-Azhari, Machang, Kelantan berkuat kuasa 29 April sehingga 12 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta membendung penularan dalam kalangan pelajar dan penghuni maahad tersebut,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This