Neelofa titip ucapan indah sempena ulang tahun kelahiran suami

Dari Penulis

BERSEMPENA dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-26 pada hari ini, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa kepada Pencetus Ummah (PU) Riz.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor,32, menerusi hantaran di Instagram mendoakan agar Allah memberi keberkatan dalam kehidupan suaminya.

“Untuk lelaki yang saya cintai dan kagumi, selamat hari jadi.

“Semoga Allah limpahi rahmat ke atas kamu dan bersama-sama dalam ketakwaan.

“Moga Allah memberikan kita kasih sayang seperti mana Dia memberkati Nabi Muhammad dan Siti Khadijah, amin,” tulisnya.

Kata-kata indah itu turut dibalas oleh PU Riz menzahirkan rasa terima kasih kepada isteri tercinta.

“Terima kasih isteri atas doa yang baik,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This