Resipi bihun goreng kicap seafood ini tidak menggunakan bahan yang banyak, namun rasanya cukup enak. Jika ada alahan terhadap makanan laut, boleh tukarkan kepada daging atau ayam.
Bahan :
400 gm Bihun kering
Taugeh
Lobak merah- dihiris
1 biji Bawang besar – dihiris
6 ulas Bawang putih – ketuk
3 biji Telur ayam
Sotong
Udang
Serbuk perasa
Garam – jika perlu
Minyak masak secukupnya
Bahan sos :
8 sudu besar Kicap Manis (cap kipas udang)
3 sudu besar Kicap pekat ABC
3 sudu besar Sos tiram
3 sudu besar Sos tomato
3 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Sos ikan
Cili kisar – boleh tambah ikut selera

Cara :
1. Rendam bihun sehingga agak lembut. Apabila sudah lembut, toskan bihun dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng telur dan hancurkan. Ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.

4. Kemudian masukkan ke semua bahan sos, serbuk perasa dan gaul sebati.

5. Selepas itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.


6. Akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam tadi bersama telur hancur, lobak merah dan taugeh. Gaul sehingga rata dan tutup api.


7. Siap dihidang.
Sumber : Nurul Ateekah

