Tip kelopak bunga semperit tak jatuh, sejukkan dahulu sebelum bakar

Dari Penulis

Membuat kuih semperit memang mudah, namun jika salah teknik, kelopak bunganya akan mencair sewaktu dibakar.

Menurut Jejaka Brownie, selepas menerap doh di atas loyang, ia harus ditempatkan di ruang yang berkipas atau ruang sejuk sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit dan baru dibakar pada suhu yang sesuai.

Sudah dapat teknik, apa kata cuba resipi Milky Dahlia by Jejaka Brownie.

Bahan 1 – satukan dan ayak

480 gm Tepung jagung

50 gm Tepung kastard

Bahan 2 – Whisk sehingga sebati sahaja, tak perlu pukul

250 gm Butter

250 gm Susu Pekat

3 titik Pewarna (pilihan)

Cara :

1. Satukan bahan 1 dan bahan 2. Kemudian uli sehingga menjadi doh.

2. Ambil sedikit doh dan paipkan menggunakan acuan semperit. (Jejaka Brownie guna nozzle pecah).

3. Selepas semperit dibentuk, letak dahulu ditempat yang berkipas atau ruang sejuk dalam 15 hingga 20 minit dan baru dibakar.

4. Bakar pada suhu 160° menggunakan api atas bawah selama 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing.

Sumber : Jejaka Brownie


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This