Solskjaer enggan komen spekulasi bawa Kane ke Old Trafford

Dari Penulis

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan berbicara mengenai khabar angin berkenaan menandatangani bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Biarpun penyerang prolifik kebangsaan England itu telah mengemukakan hasrat mahu meninggalkan Tottenham Hotspur selepas selesai liga musim ini, Solskjaer tetap tidak mahu memberi sebarang kata putus.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai pemain yang ada di pasukan lain. Saya rasa itu tidak menghormati pasukan lain, pemain lain.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas Manchester United terikat seri 1-1 dengan Fulham.

Terdahulu, Kane telah mengemukakan hasratnya untuk berhijrah dari kelab utara London itu selepas kelabnya gagal menempatkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Bagaimanapun, Kane hanya terbuka untuk berhijrah ke kelab di dalam Liga Perdana Inggeris sahaja.

Keputusan itu menyaksikan rata-rata gergasi England mengintai peluang untuk mendapatkan sentuhan berbisa penyerang tinggi lampai itu.

Dalam pada itu, Sky Sports melaporkan Kane masih mempunyai kontrak bersama Spurs sehingga 2024.

Nilai perpindahan Kane dianggarkan lebih daripada RM700 juta bagi kelab yang berminat untuk menandatangani beliau.

Penyerang berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 32 gol dalam 47 penampilan di semua kejohanan peringkat kelab.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This