Hubungan kerjasama dua hala di antara Kolej Vokasional Slim River (KVSR) dengan Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Yogyakarta, Indonesia, mampu memberi pendedahan kepada pelaksanaan sistem pembelajaran bertaraf antarabangsa.
Pengarah KVSR, Zulinah Jemon berkata, pemeteraian nota kerjasama antara KVSR dengan institusi Teknikal & Latihan Vokasional (TVET) luar negara merupakan sebuah langkah proaktif untuk terus menjalinkan hubungan serta perkongsian pintar bersama institusi-institusi negara maju dalam bidang pendidikan vokasional.
“Pihak KVSR juga telah merancang untuk meneruskan jalinan kerjasama dengan institusi luar negara bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang budaya pengajaran dan pembelajaran serta teknologi dalam pendidikan vokasional di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa.
“Saya percaya usaha ini sekali gus mampu memperkasakan pendidikan TVET pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan selepas menandatangani nota persefahaman bersama UAD, Yogyakarta dan 13 buah Sekolah Menengah Kejuruan yang lain hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Latihan dan Industri Kolej Vokasional Slim River, Siti Hanum Muhammad Shahril berkata pihak KVSR akan mempergiat usaha sama dua hala selepas ini dalam merancang serta membangunkan program-program pendidikan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.
“Pihak KVSR juga bersedia untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang yang dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran seperti perkongsian pembudayaan inovasi serta penerbitan artikel mahupun jurnal ilmiah,” katanya.
Sebelum ini KVSR telah menjalinkan hubungan kerjasama serta pengkongsian pintar dengan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 2 Depok (STM Pembangunan) dan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 2 Yogjarkarta, Indonesia pada tahun 2018.
Jalinan tersebut telah diteruskan dengan mengadakan telesidang semakan kurikulum pembelajaran bagi kursus Teknologi Elektronik dan Teknologi Pemesinan Industri pada tahun 2019.
Baca artikel berkaitan : Tarik minat pelajar Kanada ke Malaysia menerusi `micro-credentials’
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

