Bibir yang garang dengan rona merah terang sering menjadi kegemaran dan perhatian ramai. Namun apabila digaya secara berlebih-lebihan ia mampu mencipta kesan yang buruk apatah lagi apabila anda bermain dengan sensual glamor look.

Penyelesaiannya tentulah bibir mungil dalam nada nude matte bagi memberi gaya yang lebih classy dan sensual. Nude lip boleh digayakan dengan pelbagai variasi mekap bergantung kepada beauty statement yang anda inginkan contohnya pale radiance, elegant grace, smoky sensuality, bright-soft pairings, metallic looks dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh pilih dalam menggayakan nude lip.

EXOTIC SMOKE

Loud dan dark smokey eyes adalah gabungan paling exotic untuk menggayakan rosy nude dengan sedikit sentuhan misteri. Jika anda bijak menggayakannya, smokey eyes dan nude lip adalah resipi sempurna untuk memberikan lebih keterujaan. Sangat sesuai digayakan ketika keluar bersama pasangan, anda boleh bermain smokey look dengan rona biru, silver, grey dan perang.

METALLIC DRAMA

Tiada apa yang lebih hebat untuk menggambarkan sensualiti anda melainkan dengan dramatic metallic eyes. Ia bukan hanya memberikan anda powerful glamor look, malah menjadikan bibir anda lebih neutral. Jangan takut untuk bermain dengan eyeshadow segarang yang boleh dan sempurnakan rona metallic yang kuat dengan warna emas, copper, dark brown, purple mahupun pink.

PURPLE GLAM

Amethyst purple telah menjadi eyeshadow paling hot apabila dipadankan bersama rona peachy nude untuk menyerlahkan lagi glamor look. Apa yang anda perlukan hanyalah bibir yang neutral agar boleh bermain dengan aura energetic purple eye shadow. Ia salah satu trik kecantikan yang sangat efektif untuk memberikan statement dan aura energetik. Anda boleh cuba dengan warna purple pucat, pastel purple, lilac atau glittery purple liners.

HEAVILY BLUSHED

Jika anda inginkan matted neutral look yang berat, anda perlu bijak mengadun, membentuk dan menyembunyikan cela agar bibir kelihatan soft nude dengan mencipta pemerah pipi dalam rona deep rosy di tulang pipi.