LADY WONDER – Kuda jantan yang mampu meramal dengan menyusun bongkah huruf

Dari Penulis

Masih ingat dengan Paul, sotong oktapus yang popular dengan ramalannya semasa perlawanan bola Piala Dunia 2010? Sebenarnya, kisah tentang ramalan dan telepati haiwan sudah diperkatakan sejak dahulu lagi.

Ramalan sotong bernama Paul yang popular sewaktu Piala Dunia 2010.

Pada tahun 1925, seorang wanita dari Richmond, Virginia membeli seekor anak kuda jantan yang baru berusia dua minggu tanpa mengetahui anak kuda itu bakal mencipta fenomena tersendiri. Kuda itu diberi nama Lady Wonder.

Beberapa bulan kemudian, kuda itu mula menunjukkan kelakuan aneh. Dia boleh mengira dan mengeja perkataan pendek dengan cara menyusunkan bongkah-bongkah huruf menggunakan hidungnya.

Apabila ditanya, Lady Wonder akan mengungkapkan jawapan menerusi ayat yang dipilih berdasarkan bongkah huruf yang disediakan di hadapannya. Malah, kuda ini dikatakan mampu menjawab soalan berkaitan perkara yang akan berlaku di masa hadapan.

Lady Wonder, kuda jantan yang dikatakan mempunyai kuasa telepati dan mampu menjawab soalan dengan menyusun bongkah huruf.

Bagi membuktikan ramalan Lady Wonder tepat atau tidak, beberapa perkara ditanya pada kuda tersebut. Antara jawapan yang tepat ialah kemenangan Franklin D.Roosevelt menjadi Presiden Amerika, sedangkan sewaktu soalan itu ditanyakan, Franklin masih belum dicalonkan.

Franklin D.Roosevelt.

Ramalan tepat menjadikan Lady Wonder buruan ramai orang yang mahu meminta ‘jasanya’ untuk memberi jawapan terhadap setiap persoalan mereka.

Lady Wonder menjadi ‘kegilaan’ kerana kuasa psikik dan ramalannya. Dikatakan lebih 150 ribu orang telah mendapatkan khidmatnya. Satu dolar untuk tiga soalan, itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan khidmat Lady Wonder.

Namun, yang lebih hangat diperkatakan adalah kejayaan kuda itu dalam membantu pihak polis menyelesaikan kes berkaitan kehilangan dua orang budak lelaki.

Pada awal tahun 1950-an, pihak polis di Massachusetts menemui jalan buntu untuk menyelesaikan kes kehilangan Danny Matson, budak lelaki berusia empat tahun yang sudah lebih sebulan hilang.

Lalu, polis cuba ‘bertanya’ kepada Lady Wonder dan kuda itu memberi petunjuk berkaitan sebuah kuari batu yang dipenuhi air, terletak tidak jauh dari kawasan rumah budak lelaki tersebut.

Sebelum itu, polis sudah menjalankan pencarian di sekitar kawasan kuari itu namun tidak menemui apa-apa. Lantas, pencarian dilakukan sekali lagi atas maklumat yang diberikan Lady Wonder, dan mengejutkan apabila mayat Danny ditemui di dalam kuari tersebut.

Kuda jantan ini menjadi tumpuan orang ramai. Bayaran 1 Dolar dikenakan untuk tiga soalan.

Pada bulan Oktober tahun 1955, seorang budak lelaki berusia tiga tahun, Ronnie Witcamp didapati hilang semasa bermain dengan rakannya tidak jauh dari rumahnya di Indiana.

Pihak polis dibantu seramai 150 pekerja dari depot tentera laut dikerah melakukan pencarian di sekitar kawasan rumah Ronnie hingga beratus ekar jauh ke dalam hutan di kawasan tersebut. Tetapi hampa, kelibat Ronnie langsung tidak kelihatan.

Setelah beberapa minggu tiada klu ditemui, akhirnya gerakan mencari Ronnie dihentikan pihak berkuasa setelah menemui jalan buntu.

Seorang wartawan dari sebuah steten TV telah meminta seorang rakannya yang tinggal di Virginia agar bertanyakan beberapa soalan pada Lady Wonder berkaitan dengan kehilangan Ronnie.

Menurut kuda jantan itu, Ronnie sudah mati dan mayatnya akan ditemui dalam sebuah lubang pada kawasan berpasir tidak sampai satu kilometer dari rumahnya. Selebihnya, kuda jantan itu hanya memberi klu ‘E.L.M’ dan ‘D.E.C’ tanpa menghuraikan selebihnya klu tersebut.

Ramalan Lady Wonder disiarkan dalam satu rancangan TV pada penghujung Oktober, tidak lama selepas gerakan mencari Ronnie dihentikan.  Ternyata ramalan dari seekor kuda yang disifatkan mempunyai kuasa telepati itu dikritik ramai penonton.

Dua dua bulan kemudian iaitu pada bulan Disember,  dua orang remaja menemui mayat Ronnie, di dalam lubang pada sebuah galur berpasir berdekatan pohon Elm.

Ternyata ramalan Lady Wonder tentang huruf E.L.M yang diejanya adalah nama pohon manakala perkataan D.E.C (Disember) menggambarkan waktu bila mayat itu akan ditemui.

Lady Wonder, kuda jantan yang terkenal dengan ramalan ini ini berkubur dengan kuasa telepatinya setelah ia mati pada tahun 1957 di usia 33 tahun kerana serangan jantung. Jasad kuda ini disemadikan di sebuah perkuburan haiwan di daerah Virginia, Amerika Syarikat.

Kubur Lady Wonder di Indiana.

____________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dulu mewah di Malaysia, kini rendam rumput kering dalam air… Nasib Dara, Amoi dan Kelat mengundang sebak

Ada sesuatu yang meruntun hati apabila melihat seekor gajah berdiri di tepi kolam, perlahan-lahan merendam rumput kering ke dalam...

More Articles Like This