Baju sekolah si anak khalifah

Dari Penulis

Pada suatu hari, anak Umar al-Khatab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab, “Teman-teman di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin. Bajunya bertampal-tampal seperti ini.”

Mendengar keluhan anaknya, hati Umar jadi sayu. Serta-merta perasaan serba-salah menular dalam diri. Sebagai seorang bapa dan pemimpin, dia tidak sanggup membiarkan anaknya terus dicemuh kerana memakai pakaian yang bertampal-tampal.

Disebabkan itu, Umar segera menulis dan mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang 40 dirham dengan jaminan gajinya bulan hadapan dipotong.

Maka, Bendahari Negara mengirimkan semula surat jawapan yang berbunyi, “Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan hadapan? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu lakukan terhadap hutangmu itu di hadapan Allah nanti?”

Selesai membaca surat jawapan itu Umar tersungkur menangis.

Lalu berkata kepada anaknya, “Pergilah anakku ke sekolah sebagaimana biasa, kerana aku tidak dapat menghitung umurku walaupun sejam lagi.”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This