Angka penularan turun lagi, 6,824 kes baharu dilaporkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS menyaksikan lonjakan ‘menakutkan’ sehingga mencecah 9,020 kes jangkitan baharu, kelmarin, penularan COVID-19 mencatatkan penurunan buat hari kedua berturut-turut.

Sehingga tengah hari tadi, kes baharu seluruh negara merekodkan sebanyak 6,824 jangkitan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 572,357 kes.

Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak bermakna kita telah pun menang, sebaliknya perlu terus sama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

Sekurang-kurangnya, usaha kolektif semua pihak dapat memberi ‘kelegaan’ kepada petugas barisan hadapan yang telah berkorban jiwa dan raga demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh atau total lockdown bermula esok sehingga 14 Jun nanti juga diharapkan mampu memutuskan rantaian jangkitan penularan.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam media sosialnya, Selangor terus melaporkan jangkitan tertinggi dengan 2,111 kes.

Meskipun secara keseluruhan kes menurun, namun Kelantan merekodkan peningkatan jangkitan baharu kepada 695 berbanding 612 kes semalam.

Sarawak dan Johor juga menjadi antara negeri yang merekodkan penularan tertinggi masing-masing sebanyak 654 dan 489 kes hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu 6,999: Penyebar berita dakwa kes lebih 10,000, ‘jumpa kami di akhirat’ – KKM

9,020 kes baharu! Insaflah, duduk di rumah bantu KKM dan diri sendiri

Beberapa negeri bagaimanapun melaporkan peningkatan berbanding jumlah semalam termasuk Kedah iaitu sebanyak 464 kes; Melaka (352 kes): Pulau Pinang (328 kes); Perak (255 kes); Sabah (207 kes) dan Labuan (166 kes).

Setelah merekodkan sebanyak 616 kes semalam, Kuala Lumpur mencatatkan penurunan mendadak kepada 387 kes hari ini.

Dua negeri di Pantai Timur iaitu Pahang dan Terengganu pula turun kepada 219 dan 204 kes baharu hari ini.

Pada masa sama, kes jangkitan di Negeri Sembilan turun mendadak kepada 253 hari ini berbanding 468 semalam.

Hanya Putrajaya dan Perlis merekodkan jumlah jangkitan sebanyak dua angka hari ini iaitu masing-masing sebanyak 28 dan 12 kes.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This