Kes baharu 6,999: Penyebar berita dakwa kes lebih 10,000, ‘jumpa kami di akhirat’ – KKM

Dari Penulis

TENGAH HARI tadi, tular kenyataan menyatakan kes jangkitan baharu COVID-19 di seluruh negara telah mencapai 10,290 kes, satu angka yang agak membimbangkan.

Rupa-rupanya angka itu dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan mewujudkan suasana panik dalam masyarakat dan Kementerian Kesihatan (KKM) segera mengeluarkan kenyataan menafikannya.

“10,290 adalah palsu. Kami belum keluarkan apa-apa kenyataan untuk hari ini, Jangan jadi ejen penyebar fitnah.

“Ada pihak cuba berbuat khianat. Kelak cari kami di akhirat dan minta maaf,” kata kenyataan dari sekretariat COVID-19 Malaysia dalam media sosialnya tengah hari tadi.

(KIRI) Angka rasmi jangkitan baharu hari ini. Kanan, kenyataan KKM menafikan berita yang tular awal hari ini.

Petang ini, KKM telah mengeluarkan jumlah angka rasmi kes jangkitan baharu iaitu berjumlah 6,999, penurunan yang agak ketara daripada kes semalam yang berjulah 9,020.

BERITA BERKAITAN Kes boleh capai 13,000 sehari jika PKP3.0 tidak dilaksanakan – Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga tengah hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,999 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 565,533 kes

Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan mencatatkan 2,477 kes yang menjadikan kes keseluruhan di negeri tersebut berjumlah 184,815.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tempat kedua dengan jumlah 616 kes baharu, diikuti oleh Kelantan yang tidak jauh berbeza perbezaan angka iaitu mencatatkan 612 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 79 kematian terbaru direkodkan, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini mencecah 2,729 orang.

Sementara itu sebanyak 846 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang sembuh juga lebih rendah berbanding kes positif baru iaitu sebanyak 5,121 kes.

Noor Hisham juga memaklumkan 17 lagi kluster baru dikesan, menjadikan jumlah kluster kini sebanyak 635.

Kes kematian terbaru hari ini melibatkan 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima kes di Pulau Pinang, empat kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga kes di Kuala Lumpur dan Sarawak, dua kes di Sabah, dan masing-masing satu kes di Labuan, Perak dan Pahang.

Pecahan kes baharu setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,477 (184,815)
Sabah – 190 (62,037)
WPKL – 616 (58,267)
Johor – 433 (57,894)
Sarawak – 513 (46,675)
Pulau Pinang – 248 (28,298)
Kelantan – 612 (27,093)
Negeri Sembilan – 468 (26,052)
Perak – 212 (20,379)
Kedah – 422 (18,445)
Melaka – 202 (11,734)
Pahang – 239 (9,358)
Terengganu – 214 (8,567)
WP Labuan – 133 (3,556)
WP Putrajaya – 13 (1,864)
Perlis – 7 (499)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This