Raja Idris dilantik Pengerusi LGM ganti Ahmad Nazlan

Dari Penulis

BEKAS Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Datuk Idris Raja Kamaruddin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkuatkuasa mulai 15 April lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali  berkata, pelantikan itu dilakukan selepas perkhidmatan Datuk Ahmad Nazlan Idris ditamatkan pada 14 April lalu. 

‘’Sebagai tokoh korporat, antara mandat utama yang diamanahkan kepada Raja  Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM, menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lepas

”Dan pelan strategik baharu LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, beliau berharap pelantikan Raja Idris bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani yang ditekankan kepada semua pengurusan tertinggi KPPK serta agensi di bawahnya.

Dalam kenyataan tersebut, Khairuddin turut memaklumkan  Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus mengelola lembaga itu.

Beliau berkata, oerubahan di MPOB itu berikutan kenyataan Ahmad Nazlan yang menolak pelantikan sebagai Pengerusi MPOB menggantikan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang meletak jawatan. 

Sehubungan itu, Khairuddin berkata calon baharu bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This