SEMBILAN lokaliti di Sabah manakala masing-masing satu di Pahang dan Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa 14 Jun hingga 27 Jun, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, di Sabah lokaliti yang dikenakan perintah itu ialah di Nabawan, Kuala Penyu, Tawau, Sipitang dan Kota Belud.
‘’PKPD Di Negeri Sembilan ialah di Kampung Lakai, Jelebu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan 369 ujian saringan mendapati 92 daripadanya dilaporkan positif Covid-19.
‘’KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,’’ katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, di Pahang, pelaksanaan PKPD terpaksa dilakukan di Kampung Raja Cameron Highlands melibatkan beberapa kawasan iaitu Sungai Ikan, Blue Valley, Taman Matahari Cerah, Taman Desa Corine dan Kampung Baru Kampung Raja.
‘’KKM telah melaporkan sebanyak 29kes dikesan dalam tempoh dua minggu di kawasan ini, oleh itu PKPD dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan dengan menghalang pergerakan masuk individu luar,’’ katanya.
Di Nabawan Sabah, beliau berkata, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak Sembilan kes positif Covud-19 dilaporkan telah menyebabkan Jawatankuasa Teknikal PKP atas nasihat KKM bersetuju melaksanakan PKPD.
‘’Ia untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 pergerakan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,’’ katanya.
Ismail Sabril berkata, keadaan yang sama berlaku di Kampung Manggis, Kuala Penyu, Sabah apabila dalam tempoh seminggu tujuh kes dilaporkan hasil daripada 11 ujian saringan dilakukan oleh KKM.
Di Tawau kata Ismail Sabri,dua lokaliti iaitu Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah dikenakan PKPD selepas saringan dilakukan oleh KKM.
‘’Sembilan kes positif daripada 17 saringan direkodkan di Taman Kinabutan manakala di simpang Inderasabah 12 disaring, 11 daripada didapati positif Covid-19,’’ katanya.
Beliau seterusnya memaklumkan di Sipitang, Kampung Baru (SFI) dikenakan PKDP selepas 29 Kes positif dilaporkan hasil daripada 46 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM.
‘’Di Kota Belud,PKPD bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti dilakukan selepas sebanyak 12 kes positif dikesan dengan kadar kebolehjangkita yang tinggi di dua lokaliti iaitu Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan,’’ katanya.
Mengenai Task Force Operasi Pematuhan,Ismail Sabri berkata, seramai 887 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 849 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.
Antara kesalahan yang direkodkan, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (165), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (159), tidak memakai pelitup muka (146), tiada penjarakan fizikal (144), membawa penumpang berlebihan (103), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57), aktiviti pusat hiburan (15),premis gagal patuhi arahan (15) dan lain-lain (83).


