128 positif COVID-19, satu lokaliti di Johor PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN kes baharu COVID-19 semakin mencatatkan penurunan dengan 4,949 penularan dilaporkan hari ini, namun masih ada beberapa kawasan terpaksa diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Hari ini, tiga lagi lokaliti masing-masing satu di Johor dan dua di Sarawak dikenakan PKPD selama dua minggu mulai Rabu ini sehingga 29 Jun 2021.

Di Johor, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 melibatkan asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak.

Menurut beliau, hasil saringan ke atas 237 penghuni di asrama tersebut mendapati 128 individu telah disahkan positif COVID-19.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan jumlah 128 individu yang dikesan positif itu, KKM turut mendapati kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan.

Baca artikel berkaitan: PKPD dua lokaliti di Kedah tamat ikut jadual – Ismail Sabri

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 daripada kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai PKPD di dua lokaliti di Sarawak pula, Ismail Sabri memaklumkan, dua kawasan tersebut berada di Bukit Dinding, Mukah.

Katanya, ia melibatkan Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.

Sehingga kini, kata beliau, sebanyak 31 kes positif telah dilaporkan hasil daripada 70 ujian saringan di Rumah Panjang Alat anak Mukan.

Beliau memberitahu, seramai 10 individu daripada 14 yang disaring di Mukah Palm Oil Mill pula dikesan positif COVID-19.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This