Inspektor dituduh rogol ibu tunggal dalam tahanan dibebas reman

Dari Penulis

SELEPAS ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rogol terhadap seorang tahanan pada minggu lalu, seorang pegawai polis berpangkat inspektor dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pegawai berkenaan dibebaskan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Inspektor narkotik itu ditahan kerana disyaki merogol seorang ibu tunggal berusia 27 tahun yang juga suspek dalam kes yang disiasatnya.

Menurutnya, siasatan kes berkenaan sudah selesai dan perkara itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Pegawai berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis kerana dia tidak akan melarikan diri memandangkan bertugas sebagai polis,” katanya ketika dihubungi media di Kota Bharu hari ini.

BERITA BERKAITAN Rogol suspek di balai, reman inspektor narkotik dilanjut

Wan Khairuddin menambah, pegawai polis berkenaan akan kembali bertugas seperti biasa kerana dia belum lagi didapati bersalah.

Terdahulu media melaporkan seorang pegawai polis ditahan untuk disiasat berhubung dakwaan memaksa seorang tahanan wanita – antara lain – melakukan seks oral.

Kejadian itu didakwa berlaku di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 5 Jun lepas, ketika pegawai tersebut menjalankan siasatan ke atas tahanan wanita berusia 27 tahun itu yang ditangkap bersama bekas suaminya berhubung kes dadah.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This