Eyka Farhana ralat tak dapat terbang ke Indonesia untuk Ema

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Eyka Farhana terpaksa ‘berputih mata’ untuk melepaskan tawaran drama Pretty Little Liars musim kedua di Indonesia disebabkan kes penularan Covid-19 masih belum menunjukkan tanda berkurangan.

Dedah Eyka,26, selain faktor pandemik Covid-19, ada beberapa faktor lain yang membataskan peluang untuk dia melebarkan sayap di negara seberang.

“Sepatutnya saya akan terbang ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan perlu jalani kuaratin selama 14 hari sebelum memulakan penggambaran pada 25 Jun ini.

“Kalau ikutkan saya dah hampir 90 peratus bersiap sedia untuk terbang ke Indonesia tetapi disebabkan Covid-19 dan penangguhan penggambaran drama lakonan saya di Malayia, saya terpaksa batalkan tawaran itu,” katanya kepada URTV.

Kata Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, wataknya sebagai Ema dalam drama Pretty Little Liars yang diadaptasi daripada drama popular Hollywood dengan judul yang sama itu akan digantikan dengan pelakon lain.

“Sejujurnya, pihak produksi di sana sudah menyiapkan permit kerja dan visa untuk saya. Tapi dalam masa sama, saya bimbang juga komitmen kerja saya di Malaysia belum lagi selesai meskipun sudah ada tarikh tayangan.

“Tak apalah saya fikir positif dan mungkin belum rezeki saya lagi untuk kembangkan bakat di luar negara walaupun jauh di sudut hati ini ada rasa rugi.

“Pihak produksi terpaksa mencari pengganti untuk watak Ema kerana mereka perlu meneruskan penggambaran mengikut skrip dari jalan cerita yang asal,” ujarnya.

Selain Eyka, drama terbabit turut dibintangi oleh Shindy Huang, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Wulan Guritno.

Sementara itu, Eyka bakal muncul dalam drama Budak Tebing 2 yang disiarkan mulai 18 Jun ini pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3.

Selain Eyka, drama arahan Feroz Kader turut dibintangi Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This