TERLALU sibuk dengan kerjaya seni menjadi faktor utama mengapa penyanyi Aina Abdul mengunci rapat pintu hatinya untuk kembali bercinta.
Kali terakhir dia menjalinkan hubungan cinta ialah pada 2014 dan sehingga kini dia lebih selesa melayari zaman solonya sendirian.
Menurut pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani,27, dia enggan hanyut dalam dunia percintaan dikala jadualnya kini lebih banyak terisi dengan karier seni.
“Sejujurnya saya ‘single but not available’. Saya memang tutup hati untuk bercinta sebab saya rasa ketika ini bukan waktunya untuk saya bercinta apatah lagi memiliki kekasih.
“Kali terakhir saya bercinta ialah pada 2014. Saya sedar diri kalau tengah dilamun cinta, saya akan lalai buat kerja. Nanti rasa nak berkepit saja dengan teman lelaki.
“Saya sasarkan dalam tempoh 10 tahun ini mahu beri tumpuan pada karier dan nak kerja kuat semampunya. Banyak yang saya nak capai untuk kembangkan kerjaya seni saya,” katanya kepada URTV.
Penyanyi Semalam itu berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media secara maya bagi pelancaran single duetnya bersama Danish Suffian iaitu Warna Warni.
Selain sibuk mempromosikan single terbaharu, Aina juga sedang merencanakan satu konsert maya yang dijadualkan pada penghujung tahun ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

