5 kasut wajib wanita miliki

Dari Penulis

Penghuni tetap di kaki ini antara aksesori wajib wanita miliki. Kenali lima jenis kasut yang mungkin anda tidak pernah tahu dan patut ada dalam wardrobe.

Ankel Straps

Kasut jenis ini mempunyai satu strap (tali) atau lebih yang diikat pada buku lali. Rupanya ringkas namun tetap chic dipakai siang dan malam untuk apa jua acara. Simpul minimal ini juga memberi karakter feminin kepada si pemakai.

Flats / Ballerina

Kasut ini sangat popular dan digemari setiap wanita tak kira usia. Kasut tapak rata ini sangat selesa, ringan dan memudahkan langkah harian anda. Pilihan kasut rata sangat membantu mengurangkan bentuk panjang kaki yang jinjang.

Lofer

Antara stail kasut kegemaran fashionista seantero dunia. Boleh dipakai secara kasual hingga ke stail yang lebih ranggi, kasut sarung lofer muncul dengan rekaan yang versatil dan trendy.

Pumps

Memang cantik kalau berkasut tinggi jenis pumps. Secara ilusi, anda akan tampak lebih kurus kerana ketinggian yang diberikannya dan bentuk badan akan menjadi lebih menarik. Salah satu tip fesyen yang paling mudah buat anda bertubuh genit tampak tinggi adalah dengan menyarung sepatu ini.

Sneakers

Diinspirasikan daripada kasut sukan, sneakers sesuai untuk penggayaan kala ke gim, kasua, kembara mahupun kala berjalan santai. Ada pelbagai jenis sneakers sama ada high cut, low cut dan sebagainya. Sentiasa ingat perkara pertama dalam memilih kasut jenis ini adalah keselesaan bukan rekaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This