Tiada kenaikan yuran pengajian kepada penuntut IPT – Noraini

Dari Penulis

KEMENTERIAN  Pengajian Tinggi  (KPT) hari ini menegaskan tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata  pihaknya turut meminta pihak universiti supaya tidak mengenakan yuran bagi aktiviti lain kerana kebanyakan pelajar kini tidak berada di kampus akibat penularan pandemik Covid-19 ini.

“Dari awal kita telah maklumkan bahawa tiada kenaikan (yuran pengajian), dan bil berkaitan aktiviti lain memang kementerian sudah minta supaya tidak dicajkan walaupun universiti mempunyai autonomi mengenai yuran dan saya difahamkan ada universiti yang berikan diskaun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Mega di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (Prihatin) menyarankan KPT mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua IPT berikutan penularan wabak COVID-19.

Mengulas perkara lain, Noraini berkata setakat ini kira-kira 30 peratus pensyarh universiti telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan sebahagiannya melibatkan tenaga pengajar fakulti perubatan dan pergigian.

“Keutamaan pelajar lain selepas ini tertumpu kepada mereka yang berada di kampus kerana tiada akses Internet untuk pengajian dalam talian serta pelajar tahun akhir,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut, motosikal bergesel sebelum terjatuh dan digilis lori di Johor Bahru

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan motosikal lain sebelum terjatuh lalu digilis sebuah lori di Kilometer 7.6...

More Articles Like This