Wajib tahu tanggungjawab dan hak suami isteri. Bukan sekadar nafsu!

Dari Penulis

Setiap pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumah tangga yang bahagia. Alangkah bahagianya apabila kehidupan bersama disulami dengan harmoni dan aman.

Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumah tangga dan seharusnya setiap pasangan yang ingin melangkah ke alam perkahwinan perlu tahu peranan dan tanggungjawab dalam melayari bahtera bersama.

TANGGUNGJAWAB SUAMI

❤ Menyediakan mahar untuk isteri.

❤ Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

❤ Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.

❤ Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.

❤ Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.

❤ Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal ibadat dalam fardu ain.

❤ Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.

TANGGUNGJAWAB ISTERI

❤ Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.

❤ Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.

❤ Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak- anak dengan sempurna.

❤ Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.

❤ Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.

❤ Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI DAN ISTERI

❤ Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.

❤ Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.

❤ Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.

❤ Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

❤ Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

❤ Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumah tangga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This