8,574 kes baharu COVID-19, Kedah & Melaka lebih 400

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS tiga hari berturut-turut merekodkan jangkitan melebihi angka 9,000, kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan.

Sebanyak 8,574 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan hari ini dengan sebahagian besar disumbangkan penyusutan penularan di Kuala Lumpur.

Kes baharu di Kuala Lumpur menurun lebih separuh kepada 609 hari ini berbanding 1,247 yang dilaporkan semalam.

Walau bagaimanapun, seperti hari-hari sebelumnya, Selangor masih merupakan penyumbang tertinggi kes harian iaitu sebanyak 4,308 jangkitan.

Jumlah itu bagaimanapun menurun sedikit berbanding 4,682 yang dicatatkan semalam.

Ia diikuti peningkatan kes kepada 794 jangkitan dilaporkan di Negeri Sembilan.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu COVID-19 9,105, Kelantan kembali tiga angka

Berdasarkan kes harian baharu yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kedah dan Melaka turut mencatatkan peningkatan semula kes melebihi angka 400.

Sebanyak 415 kes direkodkan di Kedah berbanding 382 semalam manakala 411 dikesan di Melaka.

Sementara itu, Johor dan Sabah turut mencatatkan kenaikan jangkitan masing-masing kepada 407 dan 298 kes.

Peningkatan sedikit kes juga dikesan di Pahang apabila seramai 314 positif COVID-19.

Selepas beberapa hari merekodkan kes dua angka, Terengganu kembali mencatatkan tiga angka kes kepada 140 jangkitan.

Beberapa negeri lain bagaimanapun menyaksikan penurunan kes termasuk Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

Sarawak merekodkan 235 kes diikuti 231 di Pulau Pinang; 133 (Kelantan) dan 168 di Perak.

Labuan dan Putrajaya terus mencatatkan dua angka kes iaitu sebanyak 66 dan 45 kes.

Hanya Perlis tidak mencatatkan jangkitan COVID-19 baharu.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 12 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,574 kes (844,870 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,308 (290,660)
WPKL – 609 (89,567)
Johor – 407 (75,235)
Sabah – 298 (72,611)
Sarawak – 235 (69,104)
Negeri Sembilan – 794 (53,186)
Pulau Pinang – 231 (36,850)
Kelantan – 133 (36,274)
Perak – 168 (29,278)
Kedah – 415 (28,999)
Melaka – 411 (22,286)
Pahang – 314 (16,462)
Terengganu – 140 (11,899)
WP Labuan – 66 (9,207)
WP Putrajaya – 45 (2,644)
Perlis – 0 (608)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This