kuetiau kantonis

Cara menyediakan kuetiau kantonis ini cukup mudah, tak perlu renyah di dapur. Syarat untuk resipi ini ialah kuetiau harus digoreng dahulu dan kemudian kuah akan dicurahkan di atasnya. Kemudian digandingkan dengan cili potong dan kicap cair.

Cara :

1. Gaulkan kuetiaw dengan 2 sudu kicap dan 1 sudu besar kicap lemak manis. Goreng dengan api maksimum dan digaul dengan super cepat.

2. Kemudian untuk kuah, cincang halus 2 ulas bawang putih dan tumis.

3. Masukkan udang, sotong dan sup stok ayam 1 mangkuk.

4. Masukkan fishcake, fishball, sawi, lobak merah dan perasakan dengan gula, garam dan sos tiram.

5. Untuk pekatkan kuah, masukkan air tepung jagung. Biarkan masak dan sedikit pekat.

6. Tutup api dan masukkan 2 biji telur.

7. Kacau dan tuangkan ke atas kuetiaw.

Sumber : Li Yow