Resipi nasi dagang dan gulai ikan aya yang sedap. Masak lebih 4 jam dan hasilnya memang terbaik

Dari Penulis

Kadang kala walaupun menggunakan bahan yang sama, namun kaedah memasak yang berbeza akan menghasilkan rasa yang sedikit berbeza.

Seperti cara masak nasi dagang ini, menurut pemilik resipi, Muliadi Ramli, dalam hal memasak, tiada yang betul atau salah, semuanya ada cara dan citarasa tersendiri. Asalkan kena dengan tekak, cukuplah. Tak perlu dipertikaikan. Betul tak?

Bahan :

Nasi Dagang

6 cawan Beras Siam cap serindit

1 cawan Beras pulut

2 biji Kelapa (parut yang putih sahaja) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua

3 sudu besar Halba

3 ulas Bawang merah (dimayang nipis)

1/2 inci Halia (dihiris nipis)

Cara :

1. Campurkan beras siam dan beras pulut dan direndam selama tujuh hingga lapan jam. Kemudian toskan dan kukus untuk kali pertama selama 20 minit. (saya gunakan kukusan elektrik).

2. Angkat dan arong (gaulkan) dengan santan cair sehingga sebati. Kemudian kukus buat kali kedua selama 15 minit. Angkat dan arong dengan santan pekat yang telah diperasakan dengan garam.

3. Kemudian campurkan terus dengan bawang, halba dan halia yang dihiris atau mayang tadi. Siap.

RESIPI GULAI NASI DAGANG

Bahan :

2 kg Ikan aya (direbus sehingga masak dan masukkan sekali asam keping dan garam)

Bahan kisar:

2 ulas Bawang besar

8 biji Bawang merah

4 ulas Bawang putih

2 inci Halia

1 inci Lengkuas

6 sudu besar Cili giling

4 sudu besar Rempah nasi dagang

Rempah 4 sekawan

Minyak masak

Asam keping

Gula melaka(ikut citarasa)

25 biji Cili thai 25 biji/ cili burung

Garam secukup rasa

Perasa

Belacan (pilihan)

2 biji Santan (kelapa segar dan tua)

Cara :

1. Panaskan periuk dengan minyak (minyak lebih sikit untuk tumisan). Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan santan dan kacau sampai pecah minyak. Kena selalu kacau supaya santan tak berketul lebih kurang dalam 40 minit.

3. Apabila santan sudah pecah minyak dan cantik berwarna merah, baru masukkan air rebusan ikan. Kacau biar mendidih.

4. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan kacau. Masukkan juga rempah nasi dagang dan rempah 4 sekawan. Kacau lagi.

5. Masukkan gula melaka dan garam. Biar mendidih atas api sederhana dalam satu jam dan baru masukkan ikan. Didihkan dengan api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan warna nampak kemerah-merahan.

6. Bolehlah tambahkan garam atau perasa, asam keping, belacan dan masukkan cili padi.Didihkan dengan api kecil dalam 1 jam 40 minit lagi. Itulah hasilnya selepas dimasak dalam empat jam. Selamat mencuba.

Sumber : Muliadi Ramli


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This