“Saya bersyukur kerana itulah doa saya…” – Fattah Amin gembira Fazura kini bertudung

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEBAGAI seorang suami, aktor dan penyanyi Fattah Amin bersyukur apabila melihat perubahan isterinya, Nur Fazura yang kini telah berhijab sepenuhnya.

Ia sekali gus menjawab segala tanda tanya ramai pihak yang sering melihat penampilan Fazura memuat naik gambar bertudung di Instagram miliknya sejak kebelakangan ini.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin,31, dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi apabila hasratnya untuk melihat isterinya berubah menjadi Muslimah sebenar dimakbulkan.

“Alhamdulillah, itu saja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, saya bersyukur kerana itulah doa saya selama ini.

“Syukur dia sudah bertudung sepenuhnya,” katanya kepada URTV.

Dalam perkembangan lain, Fattah meluahkan keinginannya untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya ke zoo selepas kepada semasa negara pulih daripada wabak Covid-19.

Katanya, sejak penularan Covid-19 tahun lalu, anaknya yang kini berusia sembilan bulan hanya duduk di rumah dan tidak keluar rumah kerana bimbang dengan virus berjangkit itu.

“Bila keadaan semasa dah kembali pulih seperti biasa, saya nak bawa Fatima ke zoo sebab saya sering bacakan buku tentang haiwan kepadanya.

“Tapi dia tak tahu bunyi-bunyi dan bentuk sebenar haiwan sebab tak pernah lihat secara langsung…rasa kesian pun ada sebab selama ini saya hanya tunjuk pada dia menerusi telefon bimbit dan televisyen saja,” ujarnya.

Bercakap trntang karier seninya pula, Fattah yang ditemui ketika sidang media secara maya pelancaran single terbaharu berjudul Hamba, meluahkan rasa lega apabila kolaborasi ketiganya bersama komposer Hafiz Hamidun itu mula diperdengarkan kepada peminat muzik tanah air.

Lagu tersebut turut mendapat sentuhan serta kerjasama penyanyi rap Kmy Kmo yang mula dilancarkan hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This