Gagal patuhi SOP, 49 premis termasuk kilang diarah tutup

Dari Penulis

SEBANYAK 49 premis meliputi kilang, premis perniagaan serta tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut diambil hasil daripada pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara yang dijalankan oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

‘’Sebanyak 80,868 pemeriksaan dijalankan dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,168 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,905 buah kilang, 14,249 premis perniagaan, 742 tapak pembinaan dan 270 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan, seramai 337 individu turut ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah tersebut, seramai 332 individu dikompaun, sementara lima lagi direman

Mengenai Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), beliau berkata, ia akan dilaksanakan di asrama pekerja dan tapak binaan Hospital Pendang di Kedah mulai Isnin ini hingga 8 Ogos.

Beliau berkata, beberapa lokaliti lain di Perak, Pahang dan Sabah turut dikenakan PKPD bagi tempoh sama.

‘’Di Perak, lokaliti terlibat ialah Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg Raia) manakala di Pahang, lokasi yang turut dikenakan PKPD ialah  Blok 5 Felda Keratong 7 di Muadzam Shah, Rompin,’’ katanya.

Di Sabah kata beliau, lokaliti terlibat ialah Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias, Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran, Kampung Tungkang di Kudat dan Kampung Telisai di Tungku, Lahad Datu.

Ismail Sabri memberitahu, PKPD di tujuh lokaliti di Sabah akan ditamatkan mengikut jadual esok.

Ia membabitkan Ql Farm Membalua di Tawau; Kampung Pikat di Bongawan, Papar; Penjara Kepayan di Kota Kinabalu; Kampung Jawi-jawi di Kota Belud serta Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya di Kota Kinabalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This