Media Prima sediakan vaksin kepada kru penggambaran yang tertangguh

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan memberi kebenaran menjalankan aktiviti penggambaran di luar studio telah memberi sinar baharu kepada beberapa produksi drama TV3 dan TV9 yang terhenti penggambarannya.

Syarat penting untuk menyambung penggambaran adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dikawal selia oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, pihaknya bersyukur kerana usaha untuk menganjurkan program suntikan vaksin terlaksana.

“Alhamdulillah kerana rayuan kami dan juga rakan seperjuangan dalam bidang seni telah termakbul. Kami menyambut baik keputusan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memahami dan prihatin dengan situasi kami dan juga pihak penerbitan.

“Untuk merealisasikan perkara ini, Rangkaian Televisyen Media Prima turut mengambil inisiatif menyediakan program suntikan vaksin kepada kru penerbitan yang terlibat dengan penggambaran drama yang tertunda di TV3 dan TV9.

“Untuk keselamatan semua, penggambaran drama tersebut akan dikawal selia oleh FINAS dengan mematuhi SOP ketat yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Paling penting setiap tenaga produksi terlibat perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran. Ini penting untuk kita di Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan mampu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This