Suzanna @ Sundel Bolong – Ratu filem seram yang diselubungi misteri selepas hayatnya berakhir

Dari Penulis

KALAU sebut nama Suzanna Martha Frederika Van Osch Nathalia, anda kenal? Pasti ramai yang tidak tahu dengan nama itu. Tetapi jika disebut Sundel Bolong, mesti ramai yang tahu.

Ya, inilah Suzanna, pelakon yang terkenal dengan watak Sundel Bolong dan juga disebut sebagai lejen untuk pelakon cerita paling seram Indonesia. Wanita ini merupakan seorang pelakon filem seram yang popular pada tahun 1980-an, malah menerima gelaran ‘horror queen of Indonesian cinema’.

Suzanna lahir pada 14 Oktober 1942 dan meninggal dunia pada 15 Oktober 2008. Suzanna mula berlakon semenjak dia masih kecil lagi. Tapi namanya mula tersohor apabila dia banyak berlakon filem-filem seram seperti Sundel Bolong, Beranak Dalam Kubur, Nyi Blorong, Ratu Buaya Putih, Malam Satu Suro dan banyak lagi filem berunsur seram.

Suzanna ratu filem seram Indonesia.

Namun, selepas kematiannya pada 15 oktober 2008, mula kedengaran cerita-cerita aneh dan misteri. Suzanna dikatakan meninggal disebabkan penyakit kencing manis yang dihadapinya hampir 30 tahun. Namun ada juga desas-desus mengatakan, dia mati dibunuh suaminya. Tapi tiada siapa yang boleh mengesahkan tuduhan itu.

Dikatakan sehari selepas kematiannya, penduduk berhampiran dengan rumah Suzanna mendakwa setiap malam melihat kelibat Suzanna berada di tingkap rumahnya. Selain itu, ada juga yang mendakwa pernah nampak Suzanna berada di bawah sebuah pokok di mana tempat dia selalu bermeditasi.

Penduduk di situ juga pernah melihat susuk tubuh seperti Sundel Bolong berkeliaran dalam rumah Suzanna. Ada juga yang pernah terserempak dengan Suzanna sedang berjalan di atas bumbung rumahnya.

Sundel Bolong antara filem popular lakonan Suzanna.

Menurut suami Suzanna, Clift Sangra, selepas hari pertama, kedua dan ketiga kematiannya, dia melihat Suzanna sering  pulang ke rumah. Pada hari pertama, dia melihat Suzanna sedang berdiri di depan pintu rumahnya dengan memakai baju berwarna coklat sambil melambai-lambaikan tangan seperti mengucapkan selamat tinggal.

Paling menggemparkan apabila satu malam, sewaktu Clift sedang tidur, dia terdengar Suzanna memanggilnya. Waktu itu Clift berada di dalam bilik. Dalam keadaan mengantuk dia bangun. Dia lihat Suzanna duduk di kerusi sofa sambil memegang alat kawalan televisyen. Mulutnya pula sedang marah dengan rancangan televisyen yang sedang ditontonnya.

Clift kemudian kembali masuk ke dalam bilik. Sampai di bilik baru dia sedar yang Suzanna sudah meninggal. Apabila dia keluar kembali, Suzanna sudah tiada di situ.

Suzanna dan suaminya, Clift.

Selain itu juga, menurut Clift, sewaktu bergelar suami isteri, mereka memang tidur berasingan. Suzanna lebih suka berada dalam bilik sendirian. Kadang-kadang dia berpuasa selama tiga hari atau seminggu. Dalam waktu berpuasa, dia tidak akan keluar bilik. Sekiranya Suzanna mahukan sesuatu, dia akan mengetuk dinding bilik. Dari situ Clift tahu yang Suzanna memerlukan sesuatu.

Tapi, selepas kematiannya, bunyi ketukan dinding itu masih terus didengari. Bunyi ketukan itu sama seperti yang dilakukan oleh Suzanna.

Clift juga mendakwa sering melihat Suzanna berada di bawah satu pohon di mana tempat dia selalu bermeditasi sewaktu hidup. Pada mulanya dia tidak boleh terima keadaan itu, tapi setelah lama mengalami keadaan itu, dia sudah lali.

Suzanna.

Menurut Clift, sewaktu Suzanna hidup, dia ada mengamalkan ilmu. Dia sendiri tidak tahu ilmu apa. Suzanna kerap kali berpuasa dan bermeditasi sewaktu di rumah. Setiap sebulan sekali juga, dia akan ke Sendang Jumprit, Desa Tegalrejo, Jawa Barat.

Di situ, Suzanna akan bermeditasi dan berdoa supaya segala permintaannya dikabulkan. Dia akan duduk di aatas batu sambil berdoa. Selepas itu, dia akan turun ke sebuah kolam suci yang berada di situ dengan hanya memakai pakaian dalam sahaja.

Suzanna akan bermeditasi di dalam air selama yang boleh. Selesai berdoa dan bermeditasi, dia akan mengangakan mulutnya ke arah titisan air yang turun dari sebuah batu.

Sekiranya air dari batu itu terus masuk terkena pada lidahnya sebanyak tiga titik, itu bermakna segala hajat dan doanya termakbul. Tapi sekiranya air itu menitik ke arah pipi atau gigi, itu bermakna doanya tidak diterima dan dia perlu datang lagi.

Suzanna sewaktu masih hidup, dia sangat sukakan bunga melati. Sehinggakan dia berpesan, sekiranya dia meninggal, hanya bunga melati sahaja boleh ditaburkan di pusaranya.

Suzanna disemadikan di tanah perkuburan Griloyo. Menurut Clift, kubur Suzanna dijadikan tempat pemujaan bagi sesetengah peminat yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, bunga melati yang ditaburkan di pusaranya juga turut diambil oleh mereka. Ramai yang percaya bunga melati itu boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Makam Suzanna.

Misteri Suzanna ini memang popular di Kota Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Ramai yang mendakwa Sundel Bolong itu wujud selepas Suzanna meninggal dunia.

Dia bukan sahaja membawa watak itu dalam filem, malah mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Disebabkan itu dia selalu sahaja berjaya membawa watak seram dengan baik sekali.

Itulah sedikit coretan kisah ratu filem seram Indonesia ini. Walaupun sudah lama, filem-filemnya masih ditonton sehingga ke hari ini, dan ramai mendakwa masih terasa keseramannya, apatah lagi dengan tatapan tajam mata Suzanna.

____________

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This