Wah! Hot FM buat ‘hal’! Fara Fauzana & AG kembali ke konti radio

Dari Penulis

KEJUTAN demi kejutan dilakukan! Yang terbaharu, bekas penyampai radio Fara Fauzana kini kembali menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan lima tahun lalu di stesen radio Hot FM.

Berita tersebut itu diumumkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Nadzri Noran menerusi video yang dimuat naik di Instagram Hot FM.

Dalam video tersebut, Fara atau sinonim dengan panggilan Fafau tampil ke konti radio membuat kejutan.

“Dengan ini saya nak buat pengumuman ‘show’ pagi yang akan ditetapkan adalah AG dan Fad akan dikekalkan,” katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram milik AG atau nama penuhnya Muhammad Azmir Selamat, dia secara rasminya memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM bermula hari ini.

“Secara rasminya hari ini saya akan ke udara di Hot FM…itu kejutan yang pertama, kejutan kedua, kita ada orang ketiga iaitu Fad dan Fara.

“Teruskan beri sokongan kepada kami bertiga…Insya-Allah. Ingat ini adalah gabungan terbaru dan kami akan buktikan yang terbaik,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Instagram.

Fara, AG dan Fad menggantikan tempat Fizie, Mark Adam dan Riena Diana yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot.

Untuk rekod, Fara ini telah bersama dengan Hot FM selama 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk mengundur diri pada 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi.

Manakala AG telah menyambung kariernya sebagai penyampai radio di Kool FM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This