Haziq Hussni pengacara Melodi, bergandingan dengan Ain Edruce

Dari Penulis

PROGRAM infotainment paling sensasi di Malaysia, Melodi terus menemani hari Ahad semua penonton setia TV3. Melodi yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para penggemar dunia hiburan tanah air dan antarabangsa sentiasa memberikan maklumat terkini artis-artis kegemaran dan tak lupa juga berita-berita sensasi buat penonton setia.

Selepas 34 tahun bersiaran, Melodi telah menampilkan pengacara-pengacara hebat seperti Ogy Ahmad Daud, Awal Ashaari, Fara Fauzana, Wahid dan Nabila Huda.

Kini giliran bagi Ain Edruce untuk meneruskan legasi sebagai pengacara Melodi. Ain telah memulakan pengacaraan dengan Melodi pada 3 Julai lalu bersama-sama pengacara jemputan seperti Sharnaaz Ahmad, Shalma Ainaa dan Izzue Islam sepanjang bulan Julai.

Rata-rata penonton telah memberi maklum balas yang baik di atas pembawaan Ain sebagai pengacara yang sempoi dan menyeloroh, membuatkan penonton tidak kering gusi.

Bermula Ogos ini, Melodi akan menggandingkan Ain bersama Haziq Hussni sebagai pengacara tetap untuk musim terbaharu.

Haziq telah dilamar sebagai pengacara program ini atas pembawaannya yang dinamik, serba boleh serta mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Sudah tentu Haziq akan menunjukkan sisi berbeza yang belum pernah ditayangkan kepada penonton sebelum ini. Nantikan gabungan hebat Ain Edruce dan Haziq Hussni untuk menyemarakkan hari minggu anda di Melodi.

Teruskan menonton Melodi yang dihoskan oleh gandingan hebat Ain Edruce dan Haziq Hussni, bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This