SATU perhimpunan haram yang pernah diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas ketika COVID-19 sedang melanda negara.

BEBERAPA ratus individu yang memakai baju hitam mengadakan perhimpunan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur pagi tadi bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pentadbiran kerajaan masa kini.

Mereka yang berkumpul sejak 10 pagi turut didapati membawa bendera hitam dipercayai untuk menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 11 pagi.

Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

KITA berharap tiada peserta perhimpunan yang menjadi korban COVID-19 kerana ‘menjadi boneka ahli politik yang tidak habis-habis ‘gilakan’ kuasa. – Gambar media sosial

Sudah tentu, ramai yang kagum dengan keberanian kumpulan anak muda itu turun di jalanan bagi menunjukkan kebebasan bersuara di negara ini tetapi dalam masa sama mereka telah melanggar undang-undang, membahayakan diri sendiri dan petugas keselamatan.

Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelas berlaku kerana mereka mengadakan perhimpunan ketika COVID-19 sedang merebak dengan hebatnya ketika ini.

Selain itu, apa yang lebih membimbangkan terdapat juga video tular yang menunjukkan mereka berhimpun dengan tiada penjarakan fizikal – yang sudah tentu memudahkan penularan virus varian baharu sekarang yang cepat merebak melalui bawaan udara.

Bagaimanapun, kawalan polis yang tidak membenarkan orang ramai dan kenderaan ke Dataran Merdeka menyebabkan kumpulan itu berhimpun secara aman dan lebih teratur berhampiran kawasan sekitar Stesyen LRT Masjid Jamek.

‘KERAJAAN gagal’ merupakan antara laungan yang sering dilaungkan peserta perhimpunan. – Gambar media sosial

Para netizen juga mempertikaikan bagaimana kumpulan tersebut boleh dibenarkan merentas daerah tanpa kebenaran kerana kawasan sekitar Majid Jamek adalah kawasan perniagaan, bukanlah penempatan penduduk.

Pada jam 11.35 pagi, mereka berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan, “lawan, lawan kerajaan zalim” dan “lawan, lawan tolak Muhyiddin.”

Ada juga di antara mereka yang memegang plakad yang menentang pentadbiran PN seperti “Rakyat Tenat Menteri Khianat,” dan “Kerajan gagal.”

Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengawasi di kawasan sekitar protes itu, disamping petugas perubatan dan ambulans. – UtusanTV