PELAWAK Shuib memaklumkan sempat membuat panggilan video ketika isterinya, penyanyi Siti Sarah sedang nazak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.
Kata Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad malam tadi, dia bersama tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama Allahyarham dengan bantuan jururawat dan doktor.
“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka.
“Ketika itu nampak juga air mata berlinangan di pipinya seolah olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya.
“Selepas itu, anak kami sudah tidur. Saya juga sempat ke hospital malam tadi sejurus selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa selamat yang dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting. Bagaimanapun saya tidak dibenarkan bertemu dengannya dan saya pulang semula ke rumah,” katanya.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) selepas beberapa hari ditidurkan akibat wabak Covid-19.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

