Sebanyak 225 lagi kematian akibat COVID-19 melibatkan 198 warganegara dan 27 lagi bukan rakyat Malaysia.
Korban yang dilaporkan hari ini juga menurun berbanding 293 kematian angkara COVID-19 semalam.
Jumlah 225 korban itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian telah pun mencecah 13,302 setakat ini.
Sebagai rekod, kes kematian tertinggi adalah sebanyak 360 korban yang dicatatkan 8 Ogos lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian tertinggi hari ini masih dicatatkan di Selangor melibatkan 74 kes.
Kata beliau, sebanyak 37 kes dilaporkan di Johor diikuti 24 di Kuala Lumpur; 18 Sabah dan 15 di Pulau Pinang.
“Sebanyak 14 kes telah dikesan di Kedah manakala sembilan kes di Perak dan lapan lagi di Negeri Sembilan.
“Sebanyak tujuh kes dilaporkan di Melaka; masing-masing enam di Kelantan dan Pahang; lima di Terengganu serta dua lagi di Sarawak.

“Sebanyak 35 kes brought in dead (BID) atau jenazah dibawa ke hospital melibatkan 27 rakyat Malaysia dan 8 lagi bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 293 kematian, 305 kes baharu kategori 3 hingga 5
Berdasarkan status terkini COVID-19 di Malaysia, sebanyak 1,060 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Kes aktif pula telah mencecah 254,484 manakala kes sembuh dicatatkan hari ini sebanyak 19,680.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 430 kes atau 1.9 peratus daripada keseluruhan 22,242 jangkitan harian dilaporkan hari ini berada antara kategori 3 hingga 5.
Menurut Dr. Noor Hisham, baki 21,812 atau 98.1 peratus daripada jumlah kes dilaporkan hari ini pula terdiri dalam kategori 1 dan 2 yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
Kata beliau, mengikut status vaksinasi kes COVID-19 hanya 19 kes yang dilaporkan lengkap vaksinasi tergolong dalam kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, 10 lagi kes yang telah lengkap vaksinasi berada dalam kategori 4 iaitu radang paru-paru dan perlu bantuan oksigen.
“Secara keseluruhan, 16,631 kes atau 83.8 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

