PKPD lima lokaliti di Johor, Sabah mulai Jumaat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK lima lagi lokaliti di Sabah dan Johor akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di lima lokaliti itu menyusuli sembilan kawasan di Sabah yang telah pun dikuatkuasakan PKPD mulai esok.

PKPD di lima lokaliti terbaharu itu akan dilaksanakan bermula Jumaat ini selama dua minggu.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di lima lokaliti dalam dua negeri itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Baca artikel berkaitan: 11 lagi lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD

Rodzi berkata, pelaksanaan PKPD di kesemua lima lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 2 September depan.

Menurut beliau, sebanyak empat lokaliti yang dikenakan PKPD terletak di Sabah.

Katanya, ia membabitkan lokaliti dalam daerah Sipitang, Penampang, Keningau dan Tawau.

“PKPD di Sipitang melibatkan Kampung Tanjong Pagar manakala di Penampang pula di Setinggan Kampung Baru Luyang.

“Pelaksanaan PKPD di Keningau pula adalah di Kampung Padang Tembak manakala Kampung Jawa di Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PKPD di Johor melibatkan Ladang Sungai Kahang di Kluang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This