Mudahnya buat creampuff kastard, sekali buat pasti menjadi

Dari Penulis

Bila lihat pada proses membuat pencuci mulut, ramai yang beranggapan ianya renyah dan melecehkan. Namun belum cuba belum tahu.

Resipi creampuff kastard yang dikongsikan Izz Aishah ini cukup mudah dan pasti menjadi. Langkahnya juga mudah dan senang untuk diaplikasikan sendiri di rumah.

Bahan creampuff :

250 ml Air

100 gram Marjerin (boleh guna marjerin pelangi)

125 gram Tepung gandum

3 biji telur

1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara :

  1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk. Masak sehingga marjerin larut dalam air dan mendidih.
  2. Selepas mendidih, tutup api dan masukkan tepung gandum. Kacau laju-laju sehingga tepung tidak melekat pada periuk
  3. Biarkan tepung suami dan masukkan telur dan esen vanilla. Pukul gunakan mixer sehingga sebati.
  4. Sapukan Loyang dengan marjerin.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Pipingkan jarak-jarak di atas Loyang kerana creampuff akan mengembang. Akhir sekali spray dengan air. Jika ada acuan, boleh gunakan acuan.
  6. Bakar pada suhu 180c selama 35 minit.

Filling kastard :

250 ml Susu cair/Susu full cream

3 sudu besar Tepung kastad

5 sudu besar Gula (klu tak nak manis sangat boleh kurangkan)

1 sudu kecil Esen vanilla

Cara :

  1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla. Kacau dan buka api perlahan.
  2. Masak sehingga filling mendidih dan kental . Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap.
  3. Untuk lebih menarik, taburkan snow powder. Jika tiada pun tak mengapa.
  4. Inti terpulang nak gunakan apa, terpulang kepada selera masing-masing.

Sumber : Izz Aishah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This