Teknik mudah bagi arahan pada anak. Berbeza antara anak aktif, kreatif, manja dan lurus

Dari Penulis

Mendidik anak-anak satu tugas yang penuh mencabar, namun ia satu rahmat yang besar buat ibu bapa. Bila kena caranya dan ilmu yang betul, ditambah pula dengan kerjasama pasangan, tentunya ia lebih mudah dan lancar.

Menurut Wawa Shauqi, setiap anak punya karakter yang berbeza dan pastinya pendekatan berlainan perlu dipraktikkan dalam mendidik. Dan jangan sesekali meletakkan harapan terlalu tinggi dan elakkan memberi tugasan yang tidak sesuai dengan kemampuan anak-anak.

Ikuti perkongsiannya.

“Minggu lepas saya berbasikal sorang-sorang. Sedap kayuh time lepas hujan ni. Damai rasa angin dingin lalu ke muka.

Waktu lalu kat belakang satu rumah ni, tiba-tiba keluar satu suara.

Kerasnya suaranya.

Sampai saya mencicit kayuh.

Suara jiran je pun. Dia marahkan anak dia.

Tapi dia punya nyaring pekik tu, sampai berdebar jantung saya. Macam saya yang kena hambat sekali.

Well… That’s the reality of being parents.

I won’t judge anyway.

Duduk bertahun-tahun bergelumang dengan anak, saya faham kenapa ada masa suara kita ternaik.

Tapi itulah.

Kita nak pakai jantung lama. Hidup nak tenang-tenang. Muka nak awet muda sampai tua. Mana nak dapat semua tu kalau hidup asyik stres, marah-marah.

Jadi banyak jugalah bahan bacaan dan rujukan yang saya cari untuk dapatkan cara paling ‘stress free’ bila nak menyuruh anak.

Bila baca, barulah saya faham,

Kadang anak tak dengar cakap kita, sebab mental dan emosi anak tak bersedia.

Macam kita nak lenjan kereta yang dan bertahun-tahun tak jalan.

Mana maunya kan?

Barulah saya tau, kadang anak tak dengar cakap sebab dia tak faham. Dia dengar kita bebel. Tapi dia tak jumpa poin yang cuba kita sampaikan.

Boleh jadi juga anak tak buat apa yang kita suruh, sebab dia nak test boundary kita. Atau dia tak rasa benefit yang akan dia dapat. Sebab mak pak dia pun jarang faham dan dengar apa dia cakap.

Geram kan?

Sebenarnya, apa yang kita rasa, itu juga yang anak rasa. Kalau kita terima arahan dari bos yang tak respect kita, kita cenderung untuk melawan dan merengus.

Sebaliknya berlaku, kalau kita ada bos yang understanding dan selalu buat kita rasa dihargai. Nak menyuruh pun cakap elok-elok. Kita pun rasa seronok nak buat sesuatu tanpa disuruh.

Yup!

Nak menyuruh anak ni kerja seni.

Perlukan latihan dan kerja keras untuk ia menjadi.

Ini nota antara tips yang saya guna bila menyuruh anak. So far, teknik ni sangat membantu. Anak jadi mudah ikut cakap. Dan saya pun tak perlu guna tenaga yang banyak untuk menyuruh.

Semoga memberi manfaat!

Lagi nota parenting di #notaparentingwawa.”

Sumber : Wawa Syauqi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This