Hutang peninggalan si mati, wajib bayar guna harta siapa? Faraid atau hutang dahulu? Ini yang wajib anda tahu!

Dari Penulis

Apabila mati seorang manusia, antara perkara pertama yang perlu diuruskan waris ialah harta peninggalan dan hutang yang masih belum dilunaskan.

Namun masih terjadi pertikaian di antara waris mengenai hutang yang ditinggalkan si mati. Bagaimana penyelesaian dan siapa yang bertanggungjawab melangsaikannya.

Menurut perkongsian Ahmad Mustapha yang disiar kembali Afyan Mat Rawi di laman Facebook miliknya, hutang si mati tidak wajib dibayar waris andai si mati tiada harta peninggalan kepada waris.

Namun jika ada harta yang ditinggalkan, wajib menyelesaikan hutang terlebih dahulu sebelum dibahagikan mengikut faraid.

Ikuti perkongsian ini.

“Hutang Peninggalan Si Mati

Dipetik dari Fb Ahmad Mustapha

Cara pelaksanaan hutang simati:-

Wajib bayar hutang simati menggunakan duit dan harta peninggalan simati.

Sekiranya simati tiada harta peninggalan (tiada aset alih atau tidak alih) maka tidak harus kepada waris faraid termasuk isteri untuk menyelesaikannya menggunakan duit waris kecuali atas ehsan waris untuk membayarkan hutang simati.

Persoalan

Adakah hutang simati dibahagikan seperti mana mengikut bahagian faraid?

Hutang simati TIDAK DIBAHAGIKAN mengikut faraid. Hutang simati perlu dijelaskan menggunakan duit dan harta peninggalan simati. (Basic)

Apabila mati seseorang , harta yang ditinggalkan oleh simati perlu menjelaskan hutangnya dahulu. oleh sebab itu pembayaran hutang simati berada di peringkat kedua teratas yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka simati.

Pembahagian harta kepada waris faraid adalah pada peringkat terakhir dalam urusan pengurusan harta pusaka simati.

Jika simati tidak meninggalkan harta maka tidak harus ke atas waris faraid termasuk isteri (isteri waris faraid) menyelesaikan hutang tersebut kecuali atas ehsan waris faraid tersebut.

* Waris disini adalah waris faraid termasuk isteri. Isteri adalah waris faraid simati.

==============================

Tambahan maklumat 22/05/2021 selepas respon daripada pembaca ,

1- Ramai yang bertanya siapa yang nak bayar hutang simati jika dah hutangnya tak wajib dibayar menggunakan duit waris faraid.(Simati akan tanggung hutang tersebut dan perlu dibayar di akhirat)

2- Adakah hutang simati itu akan di tanggung oleh simati? Kesian simati kerana membawa hutang bersama nya ke alam seterusnya. (Ya akan ditanggung oleh simati)

Tuan- puan,

Itulah sebabnya kita perlu membuat perancangan semasa hidup terutamanya untuk diri kita sendiri.

Buat pembiayaan / pinjaman rumah kita ambil sekali dengan perlindungan MRTT/ MRTT/ MLTA/MLTT bagi melindungi baki pinjaman rumah kita. Pihak takaful akan selesaikan baki hutang kita apabila kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut.

Hutang kereta, kita ambil sekali dengan perlindungan autolife bagi melindungi keatas baki pembiayaan kereta. Sekiranya kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut maka pihak takaful akan selesaikan.

Ada yang bertanya, bagaimana jika saya dah buat pembiayaan kereta atau apa apa pembiayaan / hutang dengan agensi / individu / kawan tetapi masa beli saya tak ambil perlindungan tersebut bagi melindungi baki pembiayaan / pinjaman / hutang tersebut.

Jangan risau, tuan/ puan boleh menyediakan satu dana pantas bagi menyelesaikan hutang tersebut apabila tuan/puan meninggal dunia.

Beribu penyelesaian, antara salah satunya adalah dengan anda menyertai sumbangan takaful serendah RM100 bagi menyediakan satu dana pantas berjumlah RM250,000.00 bagi menyelesaikan hutang anda.

Klik https://hibah1mil.wasap.my/

Penulis asal : Ahmad Mustapha

Sumber : Afyan Mat Rawi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This