KADAR pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar mengikut perancangan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.
Usaha itu telah pun menyaksikan lebih 17 juta individu telah pun lengkap divaksinasi, merangkumi 52.1 populasi keseluruhan negara.
Statistik lebih 17 juta individu atau lebih tepat 17.026 juta itu turut merangkumi 72.7 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima dos kedua bagi vaksin dua dos dan satu dos bagi vaksin dos tunggal CanSino.
Sehingga semalam, sebanyak 38.260 juta dos vaksin telah pun diberikan seluruh negara sejak PICK dilancarkan penghujung Februari lalu.
Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 21.290 juta individu atau 65.2 peratus keseluruhan penduduk.
Dari segi pemberian harian, jumlah dos menurun di bawah paras 300,000 semalam.
Sebanyak 258,929 dos telah pun diberikan merangkumi 88,960 untuk dos pertama manakala 169,969 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 90.9 peratus.

Baca artikel berkaitan: Tiga juta remaja divaksin sebelum akhir tahun – KKM
Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.201 juta atau 73.6 peratus populasi.
JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 1.801 juta (64.0 peratus populasi) di Sarawak; 1.636 juta (43.3 peratus populasi) di Johor; 1.362 juta (34.9 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.013 juta (40.4 peratus populasi) di Perak.
Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 934,492 individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (817,814) dan 711,621 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 677,283; Kelantan telah mencatatkan 635,669 lengkap dos kedua dan 539,925 di Terengganu.
“Di Melaka pula, sebanyak 493,503 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 134,994 di Perlis dan 65,699 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.
Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 6.994 juta.
Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.409 juta individu.
Ia diikuti Sarawak 1.913 juta; Sabah (1.794 juta); Perak (1.465 juta) dan Pulau Pinang (1.252 juta).
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

