JUMLAH korban akibat jangkitan COVID-19 menunjukkan trend penurunan sejak akhir-akhir ini.
Selepas mencatatkan 147 dalam tempoh 24 jam pada 10 September dan 125 kematian kelmarin, negara mencatatkan penurunan kematian sebenar kepada dua angka.
Sebanyak 99 kematian telah direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.
Berdasarkan data dikongsi di laman web COVIDNOW, terdapat 193 kes kematian tertunggak turut dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan mencecah 292 kes.
Kadar 99 kematian yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 telah mencecah 20,711 kes setakat ini.
Ia turut merangkumi 106 kematian di luar hospital atau brought in dead (BID) yang dikesan semalam.
Sehingga semalam, kadar BID telah mencecah 3,782 kes.
Kes kematian tertinggi yang dilaporkan semalam termasuk jumlah tertunggak dicatatkan di Sabah iaitu sebanyak 84 kes.
Baca artikel berkaitan: 341 kematian, 98.4 peratus kes baharu dalam kategori 1 dan 2
Ia diikuti 63 kes di Lembah Klang iaitu membabitkan 45 di Selangor dan 18 di Kuala Lumpur.
Kedah melaporkan 36 kes kematian manakala Negeri Sembilan mencatatkan 29 kes.
Masing-masing 16 kematian dilaporkan di Johor dan Pulau Pinang, 13 di Kelantan, Perak (11), Sarawak (sembilan dan Pahang (tujuh).
Terengganu pula merekodkan empat kes manakala masing-masing dua kes dikesan di Melaka dan Perlis.
Hanya dua wilayah iaitu Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan pertambahan kes kematian semalam.
Sementara itu, sebanyak 20,980 kes sembuh telah dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh mencecah 1.721 juta.
Kes aktif pula menurun sebanyak 2,074 kes kepada 237,277 setakat ini manakala sebanyak 197,225 kes (83.1 peratus) masih menjalani kuarantin di rumah.
Terdapat 25,635 kes atau 10.8 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC); hospital (13,079), unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan alat bantuan pernafasan (721) dan ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (617).
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

