Pendekatan buka sekolah gambaran baharu bergerak fasa endemik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDEKATAN Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober depan sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa negara bergerak ke fasa endemik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia juga selari dengan konteks Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membawa negara kembali kepada keadaan sedia kala dengan memastikan tatacara dan peraturan dapat dipatuhi manakala semua sektor dibuka sepenuhnya.

Kata beliau, Kementerian Pendidikan boleh mengambil jalan mudah untuk tidak membuka sekolah, namun perkara itu boleh membantutkan perkembangan pendidikan kira-kira lima juta murid seluruh negara.

“Kami boleh memilih untuk tidak membuka sekolah, itu jalan paling mudah tetapi hakikatnya kita ada lima juta murid seluruh negara yang datang daripada pelbagai latar belakang dan telah renggang untuk sesi persekolahan bersemuka untuk satu tempoh yang panjang.

“Kalau kita tutup sekolah sehingga tahun hadapan, kita secara umumnya akan dapati murid-murid akan melihat mereka tidak kembali ke sekolah secara bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Baca artikel berkaitan: Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Mac 2022

Sidang akhbar itu diadakan selepas mesyuarat kerjasama antara Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Majlis Keselamatan Negara, KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memahami perancangan mengenai pembukaan semula sesi persekolahan.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan sedia menghulurkan kerjasama dan membantu sedaya upaya bagi membolehkan pembukaan sesi persekolahan berjalan lancar termasuk di semua sekolah dalam kem-kem ATM seluruh negara.

Katanya, kerjasama itu merangkumi persiapan sebelum pembukaan sekolah; melancarkan pemberian vaksin kepada pelajar termasuk anak-anak warga ATM; menyediakan kit ujian di sekolah dan memperkasa pusat tuisyen dalam kem ATM.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pertahanan, ATM, Kementerian Pendidikan dan KKM sentiasa bergerak seiring dan saling memahami perancangan masing-masing.

“Dalam konteks ATM dan sekolah-sekolah di bawah tanggungjawab kita, saya harap boleh menjadi penanda aras untuk memenuhi apa yang telah diputuskan Kementerian Pendidikan dari segi prosedur operasi standard (SOP), vaksinasi atau ujian saringan.

“Itu semua mesti berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah tetapi pada masa sama, saya juga berikan keyakinan apa yang dilakukan Kementerian Pendidikan ini adalah demi kebaikan anak-anak dan masa depan mereka,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This