MESYUARAT Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara bersetuju untuk melantik Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu.
Langkah itu susulan pemecatan keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin yang diumumkan oleh Lembaga Disiplin Bersatu, semalam.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau bersama barisan kepimpinan yang lain bertekad untuk memastikan proses disiplin parti yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu diambil untuk menyelamatkan parti.
“Ini adalah satu tindakan yang perlu diambil dan merupakan pilihan yang terbaik pada masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan parti dan menyelamatkan parti.
“Mesyuarat Khas MPT Bersatu pada hari ini bersepakat untuk terus mendokong perjuangan Bersatu, membina semula parti, memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli dan memperkuatkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Wan Ahmad Fayhsal, dua lagi Ahli Parlimen Bersatu turut dipecat keahlian parti
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang sementara barisan kepimpinan Bersatu yang bersama-samanya ketika ini mengemudi parti kembali ke landasan perjuangan yang asal untuk membela nasib rakyat.
Katanya, beliau yakin dengan semangat kebersamaan ahli-ahli Bersatu dan kesetiaan kepada perjuangan parti, mereka akan dapat mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda parti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

