15,549 kes baharu COVID-19, terendah hampir 2 bulan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN baharu pandemik COVID-19 menunjukkan penurunan drastik hari ini apabila berada di paras 15,000.

Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 15,549 penularan telah dilaporkan seluruh negara.

Jumlah yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan telah mencecah 2.082 juta setakat ini.

Selasa lalu, negara juga mencatatkan kadar pada paras 15,000 iaitu sebanyak 15,699 sebelum kembali naik pada hari-hari seterusnya.

Kadar yang dicatatkan hari ini juga adalah yang terendah dalam tempoh hampir dua bulan.

Sebagai rekod, kali terakhir negara merekodkan kes lebih rendah daripada hari ini ialah pada 26 Julai lalu dengan 14,516 kes.

Menurut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih menjadi penyumbang tertinggi kes harian seluruh negara.

Bagaimanapun, kes di Bumi Kenyalang itu turun sedikit kepada 2,929 berbanding 3,480 kes semalam.

Johor pula kekal melaporkan kes melebihi angka 2,000 dengan 2,208 jangkitan direkodkan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 17,577 kes baharu, Kuala Lumpur 366 kes

Trend penurunan kes di Selangor pula terus kelihatan apabila setelah sekian lama, kes menurun di bawah paras 2,000 kepada 1,995 hari ini.

Penularan baharu di Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Kedah pula kekal sebanyak empat angka tetapi menunjukkan penyusutan hari ini.

Sebanyak 1,395 kes telah dilaporkan di Sabah; Pulau Pinang (1,375); Perak (1,120) dan Kedah (1,073).

Namun begitu, Kelantan yang merekodkan 869 jangkitan semalam, kembali naik mencecah 1,214 penularan.

Lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pula kekal melaporkan tiga angka jangkitan.

Terengganu merekodkan 755 diikuti Pahang (634); Kuala Lumpur (382); Melaka (263) dan Negeri Sembilan (131).

Terendah hari ini adalah Labuan yang mencatatkan hanya 11 kes baharu.

Putrajaya dan Perlis pula masing-masing mencatatkan 31 dan 33 jangkitan harian baharu.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 18 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,549 kes (2,082,876 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,995 (656,281)
Sabah – 1,395 (184,221)
WPKL – 382 (182,481)
Sarawak – 2,929 (177,081)
Johor – 2,208 (176,833)
Kedah – 1,073 (124,982)
Pulau Pinang – 1,375 (117,527)
Kelantan – 1,214 (100,949)
Negeri Sembilan – 131 (95,487)
Perak – 1,120 (89,858)
Pahang – 634 (56,212)
Melaka – 263 (54,787)
Terengganu – 755 (47,269)
WP Labuan – 11 (9,922)
WP Putrajaya – 31 (5,862)
Perlis – 33 (3,124)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This