Dr. Suzanna kebanggaan, inspirasi Keluarga Malaysia – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGIKTIRAFAN yang diterima Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander (M) Dr. Suzanna Razali Chan menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyifatkan pengiktirafan itu menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah atas kejayaan diperoleh Suzanna itu.

“Tahniah saya ucapkan kepada Suzanna sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh International Maritime Rescue Federation (IMRF).

“Dr. Suzanna yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia, malah menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: LMS ketiga TLDM dinamakan BADIK, sertai Skuadron LMS ke-11

Semalam, Unit Komunikasi Korporat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkongsi kejayaan Suzanna, 40, sebagai wanita pertama Asia Tenggara dianugerahkan Ikon Wanita Dunia Carilamat peringkat antarabangsa.

Suzanna menarik perhatian IMRF menerusi pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam saingan akhir bagi kategori ‘Women in SAR’.

Keputusan anugerah diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif IMRF Theresa Crossley, pada Majlis Penganugerahan IMRF Awards 2021 yang diadakan secara maya di London, United Kingdom (UK) pada 14 September lalu.

Terdahulu, Suzanna pernah membuat pembentangan Women in SAR di ‘World Maritime Rescue Congress’ pada 2019 dan dijemput sebagai panel pembentang dalam bidang sama sempena ‘International Women’s Day’ pada 8 Mac lalu.

Selain itu, beliau juga adalah jurulatih dalam bidang Carilamat Maritim sejak 2011 dan pernah menerima sijil kepujian atas pembentangan terbaik sewaktu menyertai kursus di Jepun pada 2018.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This