Bagi sesetengah orang, tanda-tanda menghidap diabetes tidak jelas. Sering berasa dahaga, buang air kecil dan berasa letih adalah petanda-petanda kesihatan anda terganggu akibat kencing manis atau diabetis.
Namun tidak semua orang akan mengalami petanda di atas sehingga anda melakukan pemeriksaan darah mengesahkan penyakit ini. Ini penting agar anda dapat mengawal penyakit ini daripada menjadi kronik.
Berikut adalah sembilan petanda awal anda mungkin menghidap diabetis.

1. Anda berasa sihat
Awalnya petanda dan simptom diabetes diketepikan atau anda terkeliru dengan penyakit lain. Sesetengah orang pula, kata endokrinologis dari Albany, New York Gregg F Gerety, berasa kurang sihat. Biasanya anda tidak sedar betapa teruk diabetes sehingga anda mendapatkan rawatan.
2. Dahaga & Kerap Buang Air
Penghidap diabetes berkemungkinan membuang air kecil 20 kali sehari, setiap kali dengan pundi yang penuh. Apabila anda mempunyai lebihan glukosa dalam darah akibat diabetes, buah pinggang anda perlu bekerja keras untuk membuangnya. Apabila keadaan ini berlaku, lebihan glukosa akan menerap air di mana-mana bahagian badan anda, membuatkan anda kerap membuang air. Akibatnya badan akan kekurangan air dan anda berasa dahaga.

3. Sering berasa lesu
Berasa letih adalah pengalaman biasa. Gabungan banyak kerja dan kurang tidur juga masalah biasa. Tetapi jika anda menghidap diabetes, sel-sel anda turut dahagakan glukosa (gula), sumber utama tenaga badan anda. Apabila glukosa berada dalam saluran darah tanpa diguna oleh sel-sel, anda akan berasa letih. Tambahan pula, sekiranya anda perlu kerap ke bilik air untuk membuang air.
4. Kekerapan jangkitan kuman
Bakteria suka sasaran yang banyak gula. Sebab itulah penghidap diabetis mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti mulut (dipanggil oral thrush) dan bahagian-bahagian badan berpeluh seperti ketiak, celah jari-jemari kaki dan bawah payu dara. Wanita diabetes juga mudah terkena jangkitan vagina dan pundi kencing. Kulit gatal, tompok-tompok ruam dalam mulut dan kegatalan vagina dan pengeluaran cecair adalah antara petanda-petanda biasa jangkitan yeast.
5. Luka Sukar Sembuh
Biasanya badan anda akan hantar sel-sel darah putih bagi merawat tisu-tisu rosak akibat luka. Tetapi glukosa yang banyak dalam darah boleh menyukarkan fungsi sel-sel darah putih, menyebabkan luka dan lebam sukar sembuh. Ia juga melemahkan sistem pertahanan badan anda.

6. Penglihatan Terjejas
Periksa tahap diabetes anda sekiranya penglihatan kabur. Lebihan glukosa dalam saluran darah mengalir ke mata dan menghasilkan sejenis gula dinamakan ‘sorbitol’ yang menghalang penglihatan anda.
7. Berat Badan Turun Mendadak
Anda mungkin berasa gembira apabila mendapati berat anda berkurangan tanpa sebarang usaha. Tetapi penghidap diabetes sering mengalami penurunan berat badan ketara sebagai antara petanda penyakit. Apabila sel-sel badan tidak mendapat tenaga keperluan daripada makanan, badan mula menyasarkan otot-otot dan lemak untuk tenaga. Jumpa doktor untuk kepastian.
8. Sentiasa Lapar
Jika anda tidak bersenam atau kurang makan tetapi mendapati anda berasa sangat lapar, ia mungkin petanda diabetes. Diabetes mencegah glukosa daripada memasuki sel-sel maka badan anda tidak boleh menukar makanan kepada tenaga. Akibatnya, sel-sel kelaparan. Tidak kira banyak mana anda makan, anda tetap berasa lapar. Seterusnya, lebihan makanan akan menambah berat badan anda.
9. Kebas, Denyutan Atau Sakit
Kebas, berdenyut-denyut atau sakit pada tangan atau kaki mungkin petanda neuropati peripheral, keadaan akibat kerosakan pada saraf. Tiada siapa tahu kenapa diabetis menyebabkan neuropati atau ia hasil daripada lebihan glukosa, insulin atau kerosakan metabolik lain.

